Friday, February 6, 2015

Pilihan.

Dalam hidup kita, kita ada pilihan dan pilihan kita akan menentukan jalan hidup kita. Macam kau main satu game, dia soal - kau jawab - dan jawapan kau akan mempengaruhi jalan cerita dalam game tu. Begitu jugalah hidup.


Tapi hidup lebih kompleks sebab ia tak macam game. Sebab apa? Sebab hidup, setiap pilihan yang kau buat tu semua jalan sehala - tak macam game - boleh start over. Dalam hidup kau boleh u-turn sahaja, itupun sedikit je - kau tak boleh u-turn ke titik permulaan (tu bukan u-turn dah,kalau camtu start over..huhuhu).


Jadi, kau kena buat pilihan yang menentukan jalan cerita hidup kau. Dan aku pasti ramai antara kita yang buat pilihan yang salah sebelum kita sedar pilihan kita tu sebenarnya memang salah.


Jadi, bagaimana membetulkan kesalahpilihan itu semula?


Bagi aku senang saja. Kau kena sedar diri! Ya, kunci pertama dia adalah sedar diri. Sebab kalau tak sedar diri kau takkan rasa pilihan kau tu salah. 😏


Dah sedar diri nak buat apa? Panjang lebar aku tulis kau tak paham lagi? Pilih lah! Hehhehee.. Dah sedar diri kau still kena memilih.. Yang baik - yang buruk - yang benar - yang salah - Semuanya pun tentang pilihan. Hidup kan tentang pilihan. Jadi pilihlah. Hati-hati memilih 😊

No comments:

Post a Comment