Monday, June 8, 2015

harapan untuk si pendosa

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Zumar: 53)


Penulisan kali ini dimulakan dengan ayat al-Quran di atas untuk menjelaskan kepada kita-kita (terutamanya diri aku ini) agar jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah.


Mengapa timbul soal putus asa?
Pada ketika/saat yang bagaimana perasaan putus asa menimpa?


Ya, aku akan menjawab dari sudut aku meski aku tahu jawapan setiap individu itu kebarangkaliannya ada perbezaan.


Sungguh, kadang aku berasa lelah dan letih mengharungi likuan hidup ini sehingga pada satu tahap aku akan merasakan seperti tiada gunanya hidup ini. Rasa seperti sakit yang mendalam itu membunuh segala perasaan termasuk perasaan untuk berharap.


Dan ia semakin lama semakin membengkak. Bila aku tahu aku berulang kali penjadi pelaku dosa pada dosa yang sama. Ya.. Berulang kali.. Sehingga untuk berharap pada Tuhan juga terasa SEPERTI putus asa.


Moga Allah mengampuni aku.. Mengampuni kita yang mahu berputus asa.


Jangan!
Jangan!
Jangan!


Jangan sesekali berputus asa. Kerna jika kita berputus asa.. Kita telah memberi syaitan satu kemenangan besar.
Kenapa? Kerana kerjanya telah menjadi mudah dan hasutannya telah berjaya!!


Jika Allah yang Maha Kasih itu mengatakan bahawa DIA sudi dan menjamin akan mengampuni dosa semuanya meski kita melampaui batas, mengapa kita harus ragu dan menggantungkan rasa putus asa di leher kita?




















Dalam satu hadis Nabi s.a.w. yang panjang, Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :


Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya.
Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya.
Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau.
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]




Ayuhhh.. Bangunlah..


Meskipun bertaubat -> buat dosa..
Meskipun bertaubat -> buat dosa..
Meskipun bertaubat -> buat dosa..


Sebanyak manapun dosamu pendosa.. Jangan pernah terlintas keputusasaanmu terhadap Allah yang Maha Kasih.


Kerna DIA ternyata pemilik segala alam yang Maha Mengampuni sebanyak apapun.. Atau berulang kali pun dosa-dosamu..


i - tulisan ini bukanlah untuk menggalakkan kita semua melakukan maksiat sewenang-wenangnya dan kemudian bertaubat dan melakukan lagi maksiat kemudian bertaubat dan buat lagi.
ii - tulisan ini bertujuan memberi harapan pada yang bertanya "apa ada kemaafan lagi ke dari Tuhan untuk aku yang kerap kali berdosa ini?"
iii - tulisan ini untuk diriku sendiri yang hampir-hampir berputus asa kebelakangan ini. Moga aku tetap berpegang bahawa rahmat Allah itu luas, maka janganlah sesekali berputus asa.




Sehingga bertemu lagi.
Salam ukhwah.

No comments:

Post a Comment