Sunday, June 21, 2015




Semoga Ramadhan membawa bersama berkat dalam kehidupan kita.
Semoga kita mampu untuk memperkasakan istiqamah di bulan penuh rahmat ini.
Semoga kita luruskan kembali niat yang kian bengkang bengkok di bulan-bulan yang lalu.
Semoga Ramadhan ini tidakkan berlalu tanpa sebarang pengampunan buat kita semua.
Semoga Ramadhan ini Ramadhan yang paling bermakna buat kita semua.


Secara peribadi, Ramadhan kali ini memberi kesan dalam hidup aku. Sebenarnya hidup aku dah terkesan sebelum Ramadhan.. dan aku menjadikan Ramadhan ini sebagai medan memperkemaskan keberkesanan peristiwa sebelum Ramadhan.

Aku bersyukur Allah masih memberi ruang kesedaran dan keinsafan buat insan kerdil [aku] ini. Terima kasih Tuhan kerana Kau tidak meninggalkan aku di saat hati terasa begitu berantakan. Ya, ku tahu.. semua yang meruntun hati itu mahu Kau ajari aku tentang makna hidup.
Tentang memahami dan difahami.. Tentang memaaf dan dimaafi.. Tentang menerima dan penerimaan.. Tentang segala rahsia hidup..

Aku bersyukur kerana di saat aku hampir putus harap, Kau Yang Maha Kasih masih sudi menjentik hatiku untuk memikirkan dan merenung kembali apa erti hidup.

Tuhan, terima kasih untuk bahagia yang Kau hadirkan. Terima kasih untuk tenang yang Kau titipkan.
Meski aku terlewat untuk mengerti, namun Kau masih sudi memberi.

Dan ketenangan ini aku rasakan meresap ke dalam jiwa setelah ku sujud bertaubat padaMu..
Allah.. Allahu robbi.. aku bertaubat di atas dosa-dosaku yang silam.. tolong terima aku ya Allah..
tolong terima aku yang penuh noda-noda hitam ini.. tolong terima aku yang berkali memungkiri janji.. 

Semoga aku mampu untuk terus istiqamah walaupun selepas Ramadhan. aminnn...

*aku dah berhenti merokok. 100% . insyaAllah...

Sunday, June 14, 2015

maaf dan memaafkan.

Maaf.
Adakalanya ia menjadi ungkapan yang sangat sukar untuk dinyatakan oleh seseorang.


Memaafkan.
Ada ketikanya juga menjadi satu perkara yang amat susah untuk dilakukan oleh seseorang.


Namun sebagai seorang Muslim kita seharusnya menyedari kepentingan maaf dan memaafkan.
kenapa? Islam kan agama perdamaian dan agama yang menganjurkan kesejahteraan.
Makanya, maaf dan memaafkan adalah resepi kepada damai dan sejahtera.


Aku faham terkadang orang akan katakan "cakap senang la der.. Ko tak tahu hati gua perit nk mampus tau.. Igt senang gua nk maafkan?"
ya.. Aku akui yang paling sukar itu adalah utk memberi kemaafan berbanding meminta maaf. Eh yeke? Tapi meminta maaf pun apa kurangnya? Orang yang meminta maaf sudah semestinya membuang Ego dan menyedari kesilapan sendiri barulah boleh dia minta maaf.. Kan?


kemon... Tuhan bukannya tak tahu manusia ni ada ego.. Kita kan diciptakan oleh Dia.. Mesti la Dia tahu.. Tapi mengapa kita disuruh dan digesa juga untuk maaf dan memaafkan??


Sebab.. Allah tak nak kita jadi angkuh macam iblis. Angkuh dan sombong itu akan membawa kita ke neraka.. Maka Allah yang Maha Kasih telah memberi kita sebahagian cara untuk mengatasi kesombongan/keangkuhan kita dengan cara meminta maaf dan memaafkan.
Semoga kita tidak Ego untuk tidak peduli "Rahmat" Allah yang Mahu Allah sebarkan kepada kita semua.


Raihlah tawaran hebat ini. Ayuh!
Raikan MAAF dari hati. 😊


Rasulullah bersabda:
“Maukah aku ceritakan kepadamu tentang sesuatu yang
menyebabkan Allah memuliakan bangunan dan meninggikan
derajatmu? Para sahabat menjawab, tentu. Rasul bersabda,
‘Kamu bersikap sabar (hilm) kepada orang yang membencimu,
memaafkan orang yang berbuat zhalim kepadamu, memberi
kepada orang yang memusuhimu, dan menghubungi orang
yang telah memutuskan silaturrahim denganmu.’” (HR
Thabrani)



Monday, June 8, 2015

harapan untuk si pendosa

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Zumar: 53)


Penulisan kali ini dimulakan dengan ayat al-Quran di atas untuk menjelaskan kepada kita-kita (terutamanya diri aku ini) agar jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah.


Mengapa timbul soal putus asa?
Pada ketika/saat yang bagaimana perasaan putus asa menimpa?


Ya, aku akan menjawab dari sudut aku meski aku tahu jawapan setiap individu itu kebarangkaliannya ada perbezaan.


Sungguh, kadang aku berasa lelah dan letih mengharungi likuan hidup ini sehingga pada satu tahap aku akan merasakan seperti tiada gunanya hidup ini. Rasa seperti sakit yang mendalam itu membunuh segala perasaan termasuk perasaan untuk berharap.


Dan ia semakin lama semakin membengkak. Bila aku tahu aku berulang kali penjadi pelaku dosa pada dosa yang sama. Ya.. Berulang kali.. Sehingga untuk berharap pada Tuhan juga terasa SEPERTI putus asa.


Moga Allah mengampuni aku.. Mengampuni kita yang mahu berputus asa.


Jangan!
Jangan!
Jangan!


Jangan sesekali berputus asa. Kerna jika kita berputus asa.. Kita telah memberi syaitan satu kemenangan besar.
Kenapa? Kerana kerjanya telah menjadi mudah dan hasutannya telah berjaya!!


Jika Allah yang Maha Kasih itu mengatakan bahawa DIA sudi dan menjamin akan mengampuni dosa semuanya meski kita melampaui batas, mengapa kita harus ragu dan menggantungkan rasa putus asa di leher kita?




















Dalam satu hadis Nabi s.a.w. yang panjang, Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :


Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya.
Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya.
Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau.
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]




Ayuhhh.. Bangunlah..


Meskipun bertaubat -> buat dosa..
Meskipun bertaubat -> buat dosa..
Meskipun bertaubat -> buat dosa..


Sebanyak manapun dosamu pendosa.. Jangan pernah terlintas keputusasaanmu terhadap Allah yang Maha Kasih.


Kerna DIA ternyata pemilik segala alam yang Maha Mengampuni sebanyak apapun.. Atau berulang kali pun dosa-dosamu..


i - tulisan ini bukanlah untuk menggalakkan kita semua melakukan maksiat sewenang-wenangnya dan kemudian bertaubat dan melakukan lagi maksiat kemudian bertaubat dan buat lagi.
ii - tulisan ini bertujuan memberi harapan pada yang bertanya "apa ada kemaafan lagi ke dari Tuhan untuk aku yang kerap kali berdosa ini?"
iii - tulisan ini untuk diriku sendiri yang hampir-hampir berputus asa kebelakangan ini. Moga aku tetap berpegang bahawa rahmat Allah itu luas, maka janganlah sesekali berputus asa.




Sehingga bertemu lagi.
Salam ukhwah.