Friday, February 6, 2015

ucaptama

Bismillah...

Baiklah, aku kembali menulis setelah sekian lama membiar sepi blog-blog aku yang baru sahaja aku deleted semuanya..
(apaaaa?? deleted? awat hang deleted?)

eh.. blog aku.. suka hati aku la.. hehehehe..

ok,ok.. aku deleted blog-blog aku tu sebab aku rasa tidak banyak yang bermanfaat untuk aku biarkan ia terus berada di alam maya ini. Jadi, aku pun deleted dan buat blog baru - untuk jalani kisah hidup yang baru.

aku harap perkongsian dekat blog ini akan lebih bermanfaat untuk dihayati semua.

jadi, sebelum aku mulakan blog ini dengan lebih serius (serius ka weh hang nk ketengahkan konsep serius? biar betik!).
dak, hang boleh sabaq dak? ni ucaptama aku kan? bagi la aku peluang nak berucap..adehhai~
(upsss.. marah pulak, ok,ok.. teruskan). ha.. mcm tu la..

aku tidaklah mahu blog ini 100% serius, sebab nanti bosan pula..
tapi aku teringat kata-kata seorang sahabat.. tiap apa yang kita buat kita kena letakkan matlamat supaya kita tak tersasar melelong tak tentu hala dan matlamat tu akan pastikan kita sentiasa di jalan yang benar - kalaupun kita tergelincir - bila kita ada matlamat kita tahu ke mana kita nak tuju atau apa yang patut kita buat.

jadi, aku ingin meletakkan matlamat blog ini dahulu - supaya aku tak jadikan blog ini tempat yang sia-sia akan kewujudannya! ada paham? (angguk-angguk). baguihhh~

untuk bicara tentang matlamat, aku harus memandang ke arah diri aku sendiri.
siapakah aku ini?
dan ke mana aku mahu tuju?

aku seorang hamba Allah yang diuji dengan perasaan yang cukup unik.
diuji dengan perasaan yang diluar normal masyarakat!
aku juga hamba Allah yang ingin kembali merebut redha Ilahi setelah lama bergelumang dalam dunia yang tidak diredhai.

kesimpulan, blog ini aku wujudkan untuk membantu diri aku sendiri ke arah yang lebih baik dan mengajak kita(plu) sama-sama merenung kembali diri kita dan membawa pulang kembali diri walau berapa banyak kali pun terjelepuk.

aku juga bukan setelah berhijrah terus berjaya. aku tersungkur berkali-kali. diuji DIA berkali-kali.
tapi aku masih tetap mahu untuk kembali - membawa dosa dan lumpur diri mengadap Ilahi, sebab aku tahu aku ini hanya hamba - yang degil yang nakal - yang tak mau dengar cakap tuan - yang suka buat keputusan singkat - yang suka ikut kata hati - yang memilih untuk mencuba - dan segala macam yang tidak patut seorang hamba lakukan kepada tuannya - itulah aku.

tapi kerana aku masih sedar aku ini hamba - walau telah berkali aku memungkiri janji - maka aku di sini - menaip ini dan menjelaskan ke diri sendiri juga ke kamu tentang apa yang aku ingin dan mahu untuk hidup dan matiku.

semoga Dia mempermudahkan jalur hidupku.. semoga Dia beri aku kekuatan untuk bangkit kembali.. semoga Dia bantu aku untuk menjelaskan kebenaran.. semoga Dia jadikan aku orang yang tabah dan sabar menempuhi segala..

semoga Dia satukan hati kita dalam rahmat kasihNYA.

jadi, begitulah ucaptama aku untuk blog ini.
sehingga berjumpa topik yang sesuai untuk aku update lagi :)

salam perkenalan dan salam perubahan.

1 comment:

  1. Ammin..love you bebeh. Ucaptama ni biasanya pengerusi je kan...lol

    ReplyDelete