Sunday, June 21, 2015




Semoga Ramadhan membawa bersama berkat dalam kehidupan kita.
Semoga kita mampu untuk memperkasakan istiqamah di bulan penuh rahmat ini.
Semoga kita luruskan kembali niat yang kian bengkang bengkok di bulan-bulan yang lalu.
Semoga Ramadhan ini tidakkan berlalu tanpa sebarang pengampunan buat kita semua.
Semoga Ramadhan ini Ramadhan yang paling bermakna buat kita semua.


Secara peribadi, Ramadhan kali ini memberi kesan dalam hidup aku. Sebenarnya hidup aku dah terkesan sebelum Ramadhan.. dan aku menjadikan Ramadhan ini sebagai medan memperkemaskan keberkesanan peristiwa sebelum Ramadhan.

Aku bersyukur Allah masih memberi ruang kesedaran dan keinsafan buat insan kerdil [aku] ini. Terima kasih Tuhan kerana Kau tidak meninggalkan aku di saat hati terasa begitu berantakan. Ya, ku tahu.. semua yang meruntun hati itu mahu Kau ajari aku tentang makna hidup.
Tentang memahami dan difahami.. Tentang memaaf dan dimaafi.. Tentang menerima dan penerimaan.. Tentang segala rahsia hidup..

Aku bersyukur kerana di saat aku hampir putus harap, Kau Yang Maha Kasih masih sudi menjentik hatiku untuk memikirkan dan merenung kembali apa erti hidup.

Tuhan, terima kasih untuk bahagia yang Kau hadirkan. Terima kasih untuk tenang yang Kau titipkan.
Meski aku terlewat untuk mengerti, namun Kau masih sudi memberi.

Dan ketenangan ini aku rasakan meresap ke dalam jiwa setelah ku sujud bertaubat padaMu..
Allah.. Allahu robbi.. aku bertaubat di atas dosa-dosaku yang silam.. tolong terima aku ya Allah..
tolong terima aku yang penuh noda-noda hitam ini.. tolong terima aku yang berkali memungkiri janji.. 

Semoga aku mampu untuk terus istiqamah walaupun selepas Ramadhan. aminnn...

*aku dah berhenti merokok. 100% . insyaAllah...

1 comment:

  1. tahniah beb! moga ko dapat teruskan niat kau tu, aku akan sokong dr belakang :)
    Salam Ramadhan.

    ReplyDelete